Thursday 24 November 2016

Dosa dan tanggungjawab

Tugas yang kita pikul itu bukan semua akan cantik "keberhasilannya". Kalau sudah terlanjur sebegitu kejadian nya,  bukanlah kerana kita tidak pernah bertanggungjawab tapi kerana mereka tidak pernah menghargai. Kalau tanggungjawab yang diletakkan di bahu kita itu, akhirnya tersasar jatuh, ketahuilah sudah tiba masanya kita tanya diri kita, adakah selama ini kita menjaga tanggungjawab kita pada Allah, mungkin DIA sedang menegur dengan cara yang begitu supaya kita ingat, Allah sebaik2 perancang, dan selagi mana kita tidak berubah, kita akan kekal di situ selamanya, kau tidak bersalah, tapi yang bersalah mereka, ilmu agama yang dituntutnya jauh lebih daripada engkau, seharusnya dia lebih tahu kesan dan akibat, dosa dan pahala, tapi kalau jalan yang dia pilih itu begitu, jangan kau salahkan diri kau atas nama Tanggungjawab, sebab peraturan hidup , yang perlu kita sayang, diri sendiri barulah yang lain, dia tidak sayang dirinya, maka tugas kau yang seterusnya bimbing dia....supaya "tanggung jawab" itu tidak akan dibebankan....atau membebankan...sabar dan berdoa moga Allah bukakan hati dan mata kita untuk menerima hidayah. ..dan kalau dia masih buta, maka kita yang celik inilah patut menjadi mata agar dia nampak bahawa yang dilakukannya itu sememangnya satu kesilapan dan kita bantu untuk perbetulkan ...jangan terus salahkan diri sebab dia sendiri sudah dewasa untuk berfikir...kalau kau baca dan faham apa yang aku cuba sampaikan , tolonglah menjadi waras dalam membuat pilihan dalam menyelesaikan masalah....

Friday 24 June 2016

Rindu

Benci bila kita berjauhan
Benci bila kita terpisah
Sebenarnya
Sampai bila kita harus begini
Kerana bila rindu menjelma
Tidak ada yang boleh dihubungi
Tiada suara yang boleh didengari
Tiada khabar berita
10 hari seperti 10 tahun
Tapi bila kita bersedia untuk bersatu
Aku sebenarnya perlu belajar redha
Bahawa perkahwinan ini memang akan membina jarak
Jarak jauh perhubungan
Tapi bukan jarak jauh di hati
Abang
Sayang rindu
Pulanglah dengan aman
Sayang akan sentiasa menanti

Tuesday 24 May 2016

Kecewa

Kecewa
Sering menyelubungi jiwa
Bukan kerana tidak setia
Tetapi ego yang unggul bertakhta

Bahagia
Sering dicari merata-rata
Bukan angkara derita sengketa
Tetapi sakitnya hati merana

Dendam
Sering menjadi naungan minda
Bukan kerana benci beraja
Tetapi lukanya hati kecewa

Kemaafan
Seringkali sukar diungkapkan
Bukan kerana hati terkilan
Tetapi memilih untuk terus disimpan

Monday 14 March 2016

Mimpi

Entah kenapa dan bagaimana mahupun mengapa aku termimpi kau...
Entah kenapa dan bagaimana mahupun mengapa kau wujud dalam mimpi aku
Alamat apa ka itu
Petanda apa ka itu...
Aku tak ingin
Aku tak mampu
Aku tak kuat
Untuk bertemu kau lagi..
Bukan hari ini
Bukan minggu ini
Bukan untuk selamanya
Pergi lah dari hidup aku
Sebab ....
Aku bukan untuk kau
Kau bukan untuk aku