Monday 31 August 2015

Aku kalah

Aku kalah
Bukan bererti aku mengalah
Aku cuma beralah
Namun niatku disalahertikan
Aku cuma mau berbual
Bukan untuk kau rasa mual

Kita sebenarnya mulai jauh
Jauh bukan sekadar jarak
Tapi hati dan kasih sayang
Mungkin agaknya kita perlu berhenti
Bukan untuk meratapi
Tetapi untuk menikmati
Bahawa hidup ini
Bukan selamanya kita warisi

Jangan ambil kerja tuhan
Untuk menilai dosa dan pahala
Cukup Dia beri kita akal
Untuk membezakan haq dan batil
Mungkin ketika dan waktu ini
Aku hanya perlu bermonolog sendiri
Tentang sebuah kisah klasik untuk masa depan......