Tuesday 4 November 2014

Kenapa saya suka travel

Waktu cuti sekolah...bapa suka bawa anak2 ny ronda2 sabah...ranau..tenom...sipitang... pernah wujud keinginan untuk travel ke semenanjung Malaysia...hehe...percaya atau tidak di usia 21 tahun...barulah saya menjejakkan kaki ke sana...sebenarnya saya bersyukur kerana walau pun bukan dilahirkan dalam keluarga yang kaya...namun saya dibesarkan dengan limpahan kasih sayang yang melimpah ruah. .. iya...kerana kasih sayang itulah sehingga hari ini...sabah tetap menjadi destinasi pelancongan tiap kali cuti sekolah. ..sambil membawa rakan2 guru dr semenanjung ini bercuti...saya sebenarnya mempunyai agenda sendiri...iaitu mengimbau kenangan lama dan menjadi duta kecil sabah...
Dari pulau mabul...ke simpang mengayau...ke tenom...kota kinabalu...hampir 1 sabah telah kami pusing dalam tempoh hampir setahun ini...memang menyeronokkan. ..berjauhan dr keluarga menjadikan sy lebih kuat..namun saya bersyukur....di SMK Tungku. ..saya tetap mempunyai  keluarga. ..rakan2 saya...

Wednesday 29 October 2014

Aku ingin bangkit semula

Mungkin ku tak bisa berbicara
Bukan bermaksud aku kecewa
Cuma hati ini sudah mula merasa
Jika kata harus diguna
Kau dan aku akan lebih terluka

Pujangga pernah berkata
Jika tidak mampu meluah rasa
Biar tulisan jadi pencerita
Jika tidak mampu bersuara
Biar cerita yang dibaca

Dan andai ini takdirnya
Anggap kita tidak pernah bersua

~iyta 21:47 rabu 29 oktober 2014

Sunday 26 January 2014

Terima kasih sayang

Terima kasih
Walau untuk seketika
Walau untuk semalaman
Walau untuk sekelumit kudrat
Walau untuk melaksanakan tanggungjawab
Walau untuk menghilangkan kegusaran
Walau untuk mencuba yang terbaik

Terima kasih
Kerana hadirmu sebagai penyeri
Kerana hadirmu sebagai penyelamat
Kerana hadirmu sebagai pengubat
Kerana hadirmu sebagai "suami"

Saturday 18 January 2014

Kadang2

Kadang2 aku ingin balik
Kadang2 aku ingin pulang
Kadang2 aku ingin pergi
Kadang2 aku hanya pendam
Kadang2 aku perlu beritahu
Dan
Kadang2 hati kecil ku menjerit
Kadang2 hati kecil ku meronta
Kadang2 hati kecil ku bertanya
Kadang2 hati kecil ku menangis
Kadang2 hati kecil ku mungkin sepi