Monday 20 January 2020

Insomnia

Ntah ke berapa malam Tidur ku lewat Sendirian ini adakalanya melelahkan MATA enggan beradu Harus kepada siapa aku mengadu domba Sampai bila harus begini

Friday 12 January 2018

surat cinta untuk suamiku

hai abang

terdetik mau tulis surat cinta ne

walaupun saya rasa

abang mungkin takkan tau kewujudan surat ne

abg pernah dengar ka lagu ne

"Ku tuliskan kenangan tentang
Caraku menemukan dirimu
Tentang apa yang membuatku mudah
Berikan hatiku padamu

Takkan habis sejuta lagu
Untuk menceritakan cantikmu
'kan teramat panjang puisi
'tuk menyuratkan cinta ini...

 

lebih kurang begitulah liriknya

surat cinta untuk starla 

hehehe

bila dengar lagu ne

sayang teringat ne

bagaimana takdir menemukan kita

 

kadang-kadang sayang rasa 

ramai yang sangka

bahawa sayang ne tak pernah pun menyayangi abg

sembarangan ja terima abg sebagai suami...

tapi sebenarnya

ada banyak benda yang sayang nak coretkan

kenapa aku mudah berikan hatiku pada mu 


macam lagu tu juga

sejuta lagu pun

mungkin belum habis dalam menyuratkan cinta sayang ne

hahaha


tapi selagi sayang ingat

sayang mau bagitau

bolehkan?


abg tau ka,

pertemuan kita memang cantik Allah atur

di lembah itu...

bagaimana Allah aturkan saya jatuh tergelincir

bagaimana Allah gerakkan saya untuk bertanyakan pada abg

tentang tingginya bukit

bagaimana Allah aturkan untuk saya bekerja di Orange 24hours tu

bagaimana Allah gerakkan hati abang untuk jumpa ibu dan bapa saya


kadang-kadang macam mimpi

sebab saya baru putus cinta

saya waktu itu

masih sayang orang lain

saya waktu itu

masih rindu orang lain

saya waktu itu 

masih mimpi orang lain


tapi kuasa doa

kuasa jodoh dan pertemuan

semuanya datang dari Allah

setiap hari

dalam tempoh hampir 2 tahun perkenalan kita

dari 2011 sebenarnya

saya berdoa

andai abanglah orangnya

mohon dekatkan hati kami

mohon dekatkan cinta ini

andai abg bukanlah orang itu,

jauhkan lah sejauh-jauhnya


tanpa sedar

Allah yang maha kuasa 

aturan yang sangat cantik

mendekatkan kita

....


abang, andai suatu hari sayang lupa

abg bagitaula sayang

ingatkan sayang

bahawa sesungguhnya

Allah jodohkan kita bersebab

untuk melengkapkan ketidaksempurnaan kita

untuk membuka pintu rezeki hidup kita


dan andai suatu hari

maut memisahkan cinta ini

berjanjilah

bahawa di setiap doa abang

ada nama isteri abg ini

dan doakanlah bahawa di syurga nanti kita akan bertemu lagi

berdoalah di setiap mimpi mu 

isteri mu ini akan hadir

berdoalah semoga kuburnya terang seterang engkau menjadi peneman hidupku

dan berdoalah semoga Allah mengampunkan dosa-dosa isterimu

 

terima kasih abang

semoga Allah sentiasa melindungi diri mu, memurahkan rezekimu dan merahmati hidupmu setiap hari, aamiin

 

yang ikhlas tapi jauh

isterimu....

10:39 malam

12 januari 2018

jumaat


hai 2018

lama enda menulis
tiada masa kot
tapi sebenarnya
tiada yang baca
oya hai 2018
wishlist aku tahun ne
mmaauu kurruuusss bah hahaha

Sunday 7 May 2017

Rindu

Aku rindu dia
Semoga di mana jua suamiku berada
Dia selamat dan merinduiku juga

Thursday 24 November 2016

Dosa dan tanggungjawab

Tugas yang kita pikul itu bukan semua akan cantik "keberhasilannya". Kalau sudah terlanjur sebegitu kejadian nya,  bukanlah kerana kita tidak pernah bertanggungjawab tapi kerana mereka tidak pernah menghargai. Kalau tanggungjawab yang diletakkan di bahu kita itu, akhirnya tersasar jatuh, ketahuilah sudah tiba masanya kita tanya diri kita, adakah selama ini kita menjaga tanggungjawab kita pada Allah, mungkin DIA sedang menegur dengan cara yang begitu supaya kita ingat, Allah sebaik2 perancang, dan selagi mana kita tidak berubah, kita akan kekal di situ selamanya, kau tidak bersalah, tapi yang bersalah mereka, ilmu agama yang dituntutnya jauh lebih daripada engkau, seharusnya dia lebih tahu kesan dan akibat, dosa dan pahala, tapi kalau jalan yang dia pilih itu begitu, jangan kau salahkan diri kau atas nama Tanggungjawab, sebab peraturan hidup , yang perlu kita sayang, diri sendiri barulah yang lain, dia tidak sayang dirinya, maka tugas kau yang seterusnya bimbing dia....supaya "tanggung jawab" itu tidak akan dibebankan....atau membebankan...sabar dan berdoa moga Allah bukakan hati dan mata kita untuk menerima hidayah. ..dan kalau dia masih buta, maka kita yang celik inilah patut menjadi mata agar dia nampak bahawa yang dilakukannya itu sememangnya satu kesilapan dan kita bantu untuk perbetulkan ...jangan terus salahkan diri sebab dia sendiri sudah dewasa untuk berfikir...kalau kau baca dan faham apa yang aku cuba sampaikan , tolonglah menjadi waras dalam membuat pilihan dalam menyelesaikan masalah....

Friday 24 June 2016

Rindu

Benci bila kita berjauhan
Benci bila kita terpisah
Sebenarnya
Sampai bila kita harus begini
Kerana bila rindu menjelma
Tidak ada yang boleh dihubungi
Tiada suara yang boleh didengari
Tiada khabar berita
10 hari seperti 10 tahun
Tapi bila kita bersedia untuk bersatu
Aku sebenarnya perlu belajar redha
Bahawa perkahwinan ini memang akan membina jarak
Jarak jauh perhubungan
Tapi bukan jarak jauh di hati
Abang
Sayang rindu
Pulanglah dengan aman
Sayang akan sentiasa menanti

Tuesday 24 May 2016

Kecewa

Kecewa
Sering menyelubungi jiwa
Bukan kerana tidak setia
Tetapi ego yang unggul bertakhta

Bahagia
Sering dicari merata-rata
Bukan angkara derita sengketa
Tetapi sakitnya hati merana

Dendam
Sering menjadi naungan minda
Bukan kerana benci beraja
Tetapi lukanya hati kecewa

Kemaafan
Seringkali sukar diungkapkan
Bukan kerana hati terkilan
Tetapi memilih untuk terus disimpan